Seksyen 10
1) Dalam membuat suatu penangkapan Pegawai Penguatkuasa Agama,
pegawai polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah
sebenarnya menyentuh atau mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap
itu, melainkan jika orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau
melalui perbuatan.
2) Jika orang itu dengan menggunakan kekerasan menentang usaha untuk
menangkapnya atau cuba mengelakkan penagkapan itu, pegawai atau orang
lain itu bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk
melaksanakan penangkapan itu.
3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ni memberikan hak untuk menyebabkan
kematian mana-mana orang.
Seksyen 10 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997
memperuntukkan bagaimana sesuatu penangkapan terhadap orang yang hendak
ditangkap dibuat oleh samada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA), pegawai polis
yang diberi kuasa sedemikian di bawah Akta/Enakmen Pentadbiran dan selainnya
seperti orang awam. Sekiranya seorang pegawai penguatkuasa agama itu
menerima maklumat yang dipercayai sehingga menimbulkan syak wasangka yang
munasabah tentang berlakunya suatu kes lazim tangkap, maka pegawai tersebut
boleh membuat tangkapan dalam sesuatu siasatan.
Prosedur tangkapan hendaklah dilakukan dengan apa-apa cara yang
munasabah, iaitu dengan cara menyentuh yakni memegang mana-mana anggota
tubuh badan dan mengurung tubuh di mana bukan bermaksud meletakkan orang
berkenaan dalam suatu ruang atau bilik tertutup. Maksud mengurung yang
munasabah dalam prosedur tangkapan adalah dengan memastikan orang itu berada
di dalam ruangan tangkapan tersebut dengan menahannya daripada keluar. Segala
perbuatan menyentuh dan mengurung adalah tidak munasabah sekiranya orang
yang disiasat tersebut menyerah diri sama ada dengan mengakui perlakuan
salahnya melalui pernyataan lisan mahupun isyarat seperti mengangkat tangan.
Subseksyen 2 pula menyatakan apabila sekiranya mana-mana pegawai yang
membuat tangkapan mendapati orang yang hendak ditangkap tersebut tidak
menunjukkan kerjasama ataupun bertindak secara keras untuk mengelakkan
penangkapan terhadap dirinya dan melepaskan diri, sebagai contoh jika orang itu
memiliki senjata berbahaya. Maka, pegawai yang menangkap tersebut hendaklah
dengan segala cara dan kemampuan yakni masih lagi boleh menggunakan
kekerasan setakat mana yang perlu memastikan tangkapan tetap dilaksanakan.
Mengambil contoh sekiranya didapati ada pemilikan senjata, pegawai boleh
mengambil atau merampas senjata itu dan menyerahkan kepada polis.
Seksyen 10 juga turut memperuntukkan bahawa dalam prosedur tangkapan
yang hendak dibuat, mana-mana pegawai yang menangkap tidak boleh melakukan
tindakan yang boleh menyebabkan kematian orang yang hendak ditangkap dan
disiasat.
No comments:
Post a Comment