PERKAHWINAN DI USIA KANAK-KANAK
Di Malaysia peruntukkan undang-undang
membenarkan perkahwinan di usia kanak-kanak. Perintah ini dilaksanakan dalam
peruntukkan Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984:
Tiada suatu perkahwinan boleh
diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan
belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali
jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Jika
dilihat daripada peruntukkan tersebut nyatanya perkahwinan itu hanya dibenarkan
dengan melihat kepada kemaslahatan kanak-kanak yang ingin dikahwinkan.
Perkahwinan di usia yang seawal sebegini lazimnya berlaku atas dorongan rasa
cinta yang tidak terkawal dan akhirnya akan diterjemahkan kepada perbuatan
zina. Kebanyakkan pasangan ini berkahwin hanya untuk menutup aib dan maruah
keluarga kesan berlakunya penzinaan.
Gambar Sekadar Hiasan; Sumber Google
Rata-rata
masyarakat memudahkan hukum perkahwinan kanak-kanak kerana dikaitkan dengan
amalan Rasulullah S.A.W yang berkahwin dengan Saidatina Aisyah RA. Sunggupun
begitu, alasan ini tidak lagi wajar untuk diketengahkan pada masa kini kerana
pada zaman Rasulullah S.A.W, perkahwinan tersebut dilakukan atas dasar
kemaslahatan kanak-kanak. Ini bermakna hukum perkahwinan dengan kanak-kanak
haruslah didasari dengan objektik Syariah dan Kaedah Fikhiah yang mana melihat
bahawa kerosakan itu perlu dijauhi dan maslahat mengenainya perlu diambil kira.
Dar’
al Mafasid
(Menjauhi
Kerosakan)
Jalb
al Masalih
(Mengambil
Maslahat)
Dengan
itu jelaslah bahawa perkahwinan kanak-kanak boleh dibenarkan dengan syarat ia
mestilah untuk kepentingan maslahat kanak-kanak tersebut secara Syarie.
Peruntukkan undang-undang sedia ada haruslah dipatuhi dengan sewajarnya bagi
membela nasib kanak-kanak selepas berkahwin yang lazimnya mengalami masalah
kesihatan fizikal dan mental terutamanya pada pasangan kanak-kanak perempuan.
No comments:
Post a Comment