Monday, 26 October 2015

PERKAHWINAN DI USIA KANAK-KANAK

PERKAHWINAN DI USIA KANAK-KANAK

Di Malaysia peruntukkan undang-undang membenarkan perkahwinan di usia kanak-kanak. Perintah ini dilaksanakan dalam peruntukkan Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984:
Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

            Jika dilihat daripada peruntukkan tersebut nyatanya perkahwinan itu hanya dibenarkan dengan melihat kepada kemaslahatan kanak-kanak yang ingin dikahwinkan. Perkahwinan di usia yang seawal sebegini lazimnya berlaku atas dorongan rasa cinta yang tidak terkawal dan akhirnya akan diterjemahkan kepada perbuatan zina. Kebanyakkan pasangan ini berkahwin hanya untuk menutup aib dan maruah keluarga kesan berlakunya penzinaan.


Gambar Sekadar Hiasan; Sumber Google

            Rata-rata masyarakat memudahkan hukum perkahwinan kanak-kanak kerana dikaitkan dengan amalan Rasulullah S.A.W yang berkahwin dengan Saidatina Aisyah RA. Sunggupun begitu, alasan ini tidak lagi wajar untuk diketengahkan pada masa kini kerana pada zaman Rasulullah S.A.W, perkahwinan tersebut dilakukan atas dasar kemaslahatan kanak-kanak. Ini bermakna hukum perkahwinan dengan kanak-kanak haruslah didasari dengan objektik Syariah dan Kaedah Fikhiah yang mana melihat bahawa kerosakan itu perlu dijauhi dan maslahat mengenainya perlu diambil kira.

Dar’ al Mafasid
(Menjauhi Kerosakan)
Jalb al Masalih
(Mengambil Maslahat)


            Dengan itu jelaslah bahawa perkahwinan kanak-kanak boleh dibenarkan dengan syarat ia mestilah untuk kepentingan maslahat kanak-kanak tersebut secara Syarie. Peruntukkan undang-undang sedia ada haruslah dipatuhi dengan sewajarnya bagi membela nasib kanak-kanak selepas berkahwin yang lazimnya mengalami masalah kesihatan fizikal dan mental terutamanya pada pasangan kanak-kanak perempuan.

Monday, 19 October 2015

MEMERIKSA ORANG DI TEMPAT YANG DIGELEDAH MENURUT WARAN

MEMERIKSA ORANG DI TEMPAT YANG DIGELEDAH MENURUT WARAN

Bilamana penggeledahan untuk mencari apa-apa benda dibuat atau akan dibuat dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan apa-apa kesalahan, semua orang yang dijumpai di dalam tempat itu boleh ditahan dengan sah sehingga penggeledahan itu selesai, dan, jika benda yang dicari itu adalah daripada jenis yang boleh disembunyikan daripada tubuh badan seseorang, mereka boleh diperiksa untuk mencari benda itu oleh atau di hadapan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.

Sumber Gambar dari Google

Seksyen ini menyatakan mengenai memeriksa orang di tempat yang digeledah dengan cara yang sah iaitu dengan waran. Semua orang yang dijumpai di tempat penggeledahan untuk mencari apa-apa benda, boleh ditahan dengan sah sehingga penggeledahan itu selesai.

Jika benda yang dicari adalah benda yang boleh disembunyikan daripada tubuh badan seseorang, maka orang yang dijumpai di tempat penggeledahan itu boleh diperiksa untuk mencari benda tersebut oleh atau di hadapan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.

Sunday, 11 October 2015

Tangkapan Tertuduh

Seksyen 10

1) Dalam membuat suatu penangkapan Pegawai Penguatkuasa Agama, 

pegawai polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah 

sebenarnya menyentuh atau mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap 

itu, melainkan jika orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau 

melalui perbuatan.

2) Jika orang itu dengan menggunakan kekerasan menentang usaha untuk 

menangkapnya atau cuba mengelakkan penagkapan itu, pegawai atau orang 

lain itu bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk 

melaksanakan penangkapan itu.

3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ni memberikan hak untuk menyebabkan 

kematian mana-mana orang.


Seksyen 10 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 

memperuntukkan bagaimana sesuatu penangkapan terhadap orang yang hendak 

ditangkap dibuat oleh samada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA), pegawai polis 

yang diberi kuasa sedemikian di bawah Akta/Enakmen Pentadbiran dan selainnya 

seperti orang awam. Sekiranya seorang pegawai penguatkuasa agama itu 

menerima maklumat yang dipercayai sehingga menimbulkan syak wasangka yang 

munasabah tentang berlakunya suatu kes lazim tangkap, maka pegawai tersebut 

boleh membuat tangkapan dalam sesuatu siasatan. 


Prosedur tangkapan hendaklah dilakukan dengan apa-apa cara yang 

munasabah, iaitu dengan cara menyentuh yakni memegang mana-mana anggota 

tubuh badan dan mengurung tubuh di mana bukan bermaksud meletakkan orang 

berkenaan dalam suatu ruang atau bilik tertutup. Maksud mengurung yang 

munasabah dalam prosedur tangkapan adalah dengan memastikan orang itu berada 

di dalam ruangan tangkapan tersebut dengan menahannya daripada keluar. Segala 

perbuatan menyentuh dan mengurung adalah tidak munasabah sekiranya orang 

yang disiasat tersebut menyerah diri sama ada dengan mengakui perlakuan 

salahnya melalui pernyataan lisan mahupun isyarat seperti mengangkat tangan.



Subseksyen 2 pula menyatakan apabila sekiranya mana-mana pegawai yang 

membuat tangkapan mendapati orang yang hendak ditangkap tersebut tidak 

menunjukkan kerjasama ataupun bertindak secara keras untuk mengelakkan 

penangkapan terhadap dirinya dan melepaskan diri, sebagai contoh jika orang itu 

memiliki senjata berbahaya. Maka, pegawai yang menangkap tersebut hendaklah 

dengan segala cara dan kemampuan yakni masih lagi boleh menggunakan 

kekerasan setakat mana yang perlu memastikan tangkapan tetap dilaksanakan. 


Mengambil contoh sekiranya didapati ada pemilikan senjata, pegawai boleh 

mengambil atau merampas senjata itu dan menyerahkan kepada polis.

Seksyen 10 juga turut memperuntukkan bahawa dalam prosedur tangkapan 

yang hendak dibuat, mana-mana pegawai yang menangkap tidak boleh melakukan 

tindakan yang boleh menyebabkan kematian orang yang hendak ditangkap dan 

disiasat.

Thursday, 6 August 2015

Tuntutan Fasakh

Menurut Syarak, Fasakh adalah pembatalan perkahwinan yang sah disebabkan oleh alasan-alasan yang dibenarkan oleh Syarak. Contohnya; suaminya gila (berkekalan atau sekejap); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya, suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri) dan sebagainya.

Kesan Fasakh

Walaupun Fasakh adalah pembatalan perkahwinan namun ia berbeza dengan perceraian biasa kerana kesan perceraian secara Fasakh menyebabkan suami tidak boleh merujuk isteri sewaktu tempoh iddah dan hanya boleh kembali bersama sebagai suami dan isteri melalui akad nikah yang baru. Bilangan talak yang dimiliki oleh suami juga tidak akan berkurangan sekiranya perceraian secara Fasakh berlaku. Sungguhpun begitu si isteri masih lagi berhak terhadap nafkah semasa dalam tempoh beriddah dan si isteri boleh untuk menuntut mutaah daripada pihak suami selagi mana alasan pembubaran perkahwinan secara fasakh itu bukanlah puncanya dari si isteri.

Di Mahkamah Syariah peruntukkan Fasakh ada dinyatakan di dalam Seksyen 52 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Sungguhpun begitu, alasan-alasan yang kukuh perlu dikemukakan untuk menyokong tuntutan Fasakh dan segala pembuktian hendaklah disertakan bersama-sama borang tuntutan seperti laporan kesihatan doktor dan sebagainya. Umumnya, peruntukkan Fasakh ini dilihat sebagai jalan kedua kepada pihak isteri dalam mendapatkan hak mereka untuk membatalkan perkahwinan bagi mengelakkan sebarang kemudaratan terhadap dirinya di dalam rumahtangga seandainya tiada persetujuan perceraian diperolehi daripada pihak suami.

Walaupun demikian, sekiranya Hakim berpandangan bahawa perkahwinan itu boleh diselamatkan dan bukti yang dibawa adalah tidak mencukupi, maka hakim mempunyai budi bicara untuk tidak membubarkan perkahwinan tersebut.